4:00 PTG | Posted in
Assalamualaikum. Jumpa lagi.
Nak minta maaf, program yang dijadualkan `Badudun Kitani' yang patut dilakasanakan di Patau-patau 2, 8 Ogos lalu tidak dapat dijalankan. Ini sebagai langkah mengurangkan risiko merebaknya jangkitan virus Selsema babi `Influenza H1N1. Insyaallah, ada rezeki dan diizinkan tuhan program yang sama akan dilaksanakan di masa akan datang. Mungkin lepas raya.......kita ambil sempena hari raya aidilfitri dan keadaan semasa pula jika diizinkan.

Apa-apa pun sama-samalah kita berdoa semoga wabak virus itu tidak terus merebak dan kita semua terhindar daripadanya.

Sempena bulan merdela ini, kepada semua diucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 52 dengan semangat 1 MALAYSIA.
Category:
��
3:35 PTG | Posted in
Program radio di lokasi. Kali ini Minishowcase Jelajah Hits di Kg Manikar. Satu lagi program di konti di persembahkan kepada orang ramai. Acara bermula pukul 8.00 malam. Orang ramai dijemput hadir menyaksikan program ini yang diisi dengan pelbagai acara. antaranya persembahan Akustik Band Batu Manikar, Nyanyian lagu-lagu oleh residen artis Labuanfm, Persembahan tarian dari Kg Batu Manikar. Dan juga tarian dari personaliti Labuanfm sendiri. Jangan lupa 23 Mei 2009 di kg Batu Manikar pukul 8.00 malam. Jumpa di sana.
Category:
��
10:34 PG | Posted in

Jabatan Penerangan Labuan membuka Pusat media di Kompleks Sukan Labuan. Pusat Media ini berfungsi untuk menyalurkan maklumat terkini perkembangan mangsa kebakaran Kg. Muslim Labuan.

Pusat media yang akan beroperasi bermula hari ini 16 Mei 2009 ( Sabtu ) dari jam 10:00Pagi hingga 10:00malam. Pegawai Pusat Media ialah En. Ahmad Ammar Othman, Penolong Pengarah PKPM.
Category:
��
3:36 PTG | Posted in
Kakitangan Jabatan Penerangan Labuan menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran Kg. Muslim Labuan. Sumbangan berupa pakaian terpakai dan wang tunai akan di serahkan kepada Pengarah Jabatan Penerangan Labuan pada petang hari isnin 18 Mei 2009.
Category:
��
8:56 PG | Posted in
Gambar sekitar Program Lawatan YB Datuk Hj. Sapawi Hj. Ahmad bersama K.Bestari Mesapol ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 9 dan 10 Mei 2009.


Perlawanan Persahabatan antara Perliman Labuan melawan Team Exco Penerangan Sipitang. Diadakan pada petang 9 Mei 2009 di Stadium Kompleks Sukan Labuan. Perlawanan ini berkesudahan dengan keputusan seri. Selain kelibat Hassan Sani dan Andrew Laban bekas pemain Sabah dan kebangsaan, turut menarik perhatian ialah kelincahan dan kelibat Tn. Hj. Mohd Taib serta YB. Datuk Hj. Sapawi yang menjadi penyerang bagi pasukan masing-masing.


Sarapan Pagi: Pengerusi JKPKP Labuan bersarapan pagi bersama Ahli Perliman Labuan P 166 dan Ahli Perliman Sipitang P 178.




Cenderamata Kenengan : Pengerusi JKPKP Labuan Tuan Hj. Mohd. Taib Ubah menyampaikan kepada YB. Datuk Hj. Sapawi Hj. Ahmad Ahli Perliman Sipitang yang juga merupakan Exco Penerangan Sabah.

��
4:36 PTG | Posted in
Labuanfm turut sama memeriahkan Acara Pesta Air di Labuan yang bertempat di Kompleks Sukan Air Labuan mulai 28 April hingga 3 Mei 2009. Sebanyak 4 acara di adakan. Pada 1 Mei 2009, pukul 8 malam berlangsung program `Teenstar',. Ia merupakan pertandingan nyanyian mencari bakat di kalangan remaja. Esok pula 2 lagi acara ia itu `Bintang-bintang LISC' dan Santai LISC. Pada 3 Mei, pukul 10 pagi akan berlangsung pertandingan `Juara Cilik'. Datang lah beramai-ramai menyaksikan acara-acara yang disediakan bagi menghibur para pengunjung. Labuanfm mengucapkan `Selamat Menyambut Perayaan Jubli Perak, Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.
Category:
��
8:55 PG | Posted in
YB Datuk Hj. Yussof Hj. Mahal dilantik sebagai Penaung K.Bestari Labuan. Surat Perlantikan telah diserahkan oleh YBhg Dato Hj. Abdullah Morad Ketua Pengarah Penerangan Malaysia dalam Majlis Malam Mesra Bersama Komuniti Bestari Labuan. Perlantikan ini adalah selaras dengan peraturan penubuhan K.Bestari Jabatan Penerangan iaitu Ahli Parlimen sebagai Penaung K.Bestari .

Dalam majlis tersebut, YB Datuk Hj. Yussof Hj. Mahal turut menyampaikan Geran Peruntukan dan Komputer kepada K. Bestari Labuan.
Category:
��