10:17 PG | Posted in

16 April 2009 adalah tarikh keramat bagi warga Labuan. Kurang 24 jam tarikh tersebut akan diraikan oleh seluruh warga Labuan. Sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun Labuan sebagai Wilayah Persekutuan, JKPKP Labuan telah merangka program dan aktiviti yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Pada 18hb April 2009 sabtu ini, jabatan dan agensi dalam JKPKP Labuan akan mengadakan Taklimat Isu-isu Semasa-Senario Politik Semasa di Dewan Budaya Kg.Layang-layangan jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan Program Kempen Galakan Membaca di Pusat Sumber KEMAS Kg.Sg.Bedaun 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Semoga program ini memberikan manfaat kepada semua masyarakat di Labuan dan sekitarnya.
Category:
��

Comments

0 responses to "Kurang 24 jam warga Labuan menyambut hari bersejarah sebagai Wilayah Persekutuan"